March 19, 2008

Assalamualaikum warahmatullah
Sempena menyambut MaulidurRasul, kami pihak Kelab UMNO Kaherah mengadakan program khas sempena MaulidurRasul as-Shalatu wassalamu alaihi di Dewan Utama Kelab UMNO Kaherah (Rab’ah al-Adaweya) :
Pada : Khamis, 20 Mac 2008
Masa : Selepas Isya’ (07.30 Malam)
Kepada semua pelajar dijemput hadir.
Sekian.
Leave a Comment » |
Berita Bergambar |
Permalink
Posted by umnocairo
March 19, 2008
Alhamdulillah, dengan setapak bergerak kini Kelab UMNO Kaherah sekali lagi memiliki laman web. Cuma untuk sementara waktu, kami berkongsi tapak melalui wordpress.com. Semoga dengan kehadiran web Kelab UMNO Kaherah, kita mampu bertukar-tukar pandangan serta kami dapat memberikan maklumat-maklumat berkenaan dengan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan.
Bagi yang mempunyai sebarang masalah atau menginginkan maklumat, sila emailkan ke info.umnocairo@gmail.com
Sekian. Wassalam
Admin,
Multimedia and Technology
UMNO Cairo Club
Leave a Comment » |
Berita |
Permalink
Posted by umnocairo
March 19, 2008
Kaherah 13 Mac – Kelab UMNO cawangan Kaherah mengadakan pertemuan rasminya dengan Tuan Yang Terutama Datuk Zainal Abidin Ab Kadir iaitu Duta Besar Malaysia ke Kaherah bagi sesi 2008 / 2009.
TYT Datuk Zainal Abidin Ab Kadir dalam kenyataan pertamanya dalam perjumpaan ini menyatakan rasa syukur dan terima kasihnya di atas pertemuan ini memandangkan beliau baru saja pulang dari Malaysia dan ingin menyampaikan pesanan kepada para mahasiswa yang berada di Mesir.
Beliau berkata, menjadi tanggungjawab bagi setiap pelajar di Mesir supaya meningkatkan ilmu dan kemahiran sekaligus menjadi generasi pelapis bagi para pemimpin pada masa akan datang.
Menurut Datuk Zainal Abidin, perkara asas yang perlu diberikan perhatian ialah diri mahasiswa itu sendiri memandangkan mahasiswa Al-Azhar kini menjadi harapan kepada masyarakat dunia khususnya di Malaysia.
“Setiap pelajar di sini ( Mesir ), tidak seharusnya mengabaikan tanggungjawab kalian yang utama iaitu mendalami ilmu agama Islam supaya menjadi pendukung bangsa Melayu suatu hari nanti.
“Masyarakat bukan Islam sentiasa memerhatikan umat Islam pada hari ini dan akan melakukan tindakan sekira berlakunya sebarang kesilapan ataupun kecuaian dari umat Islam itu sendiri,” katanya pada Ahli Jawatankuasa Kerja Kelab UMNO Kaherah yang hadir dipejabatnya pada hari ini.
Beliau menegaskan punca usaha orang kafir untuk menjatuhkan Islam masih menemui kegagalan. Antaranya ialah Al-Quran, Kaabah, Mahasiswa Al-Azhar dan Solat Jumaat.
“Dengan adanya empat perkara ini, maka orang kafir pasti tidak mampu untuk menewaskan agama Islam yang mulia ini kerana kempat-empat perkara ini mempunyai semangat kesatuan jihad yang amat tinggi.
Leave a Comment » |
Berita |
Permalink
Posted by umnocairo