Assalamualaikum,
Seperti yang sedia maklum, negara telah dikejutkan dengan berita Sufiah Yusof, seorang gadis pintar matematik yang pernah menggemparkan dunia apabila layak memasuki Universiti Oxford pada usia 13 tahun kini dilaporkan terpaksa menjadi pekerja seks di Salford, UK untuk menyara kehidupannya.
Sehubungan itu, Sekretariat KULN yang turut prihatin terhadap gadis malang itu, menyeru ahli-ahli KULN serta warga Malaysia di seluruh UK bersama-sama membantu kerajaan Malaysia dalam kempen ‘Selamatkan Sufiah’ bagi mencari kaedah untuk membantu menyelamatkan Sufiah.
Sesiapa yang mempunyai sebarang maklumat bagi membantu usaha ini bolehlah diemailkan kepada kelab_umno@yahoo.com / info.umnocairo@gmail.com atau menghubungi pihak MSD, Kedutaan Malaysia atau Jabatan Perdana Menteri di Malaysia.
Kerjasama sdr/sdri amat diharapkan. Terima kasih.











April 8, 2008 at 9:58 am
Semoga Sufiah diberi hidayah. Kesilapan dalam institusi keluarga perlu dielakkan dengan memahami prinsip kekeluargaan. Saya melihat kongkongan ibubapa Sufiah sejak kecil meninggalkan kesan ‘gangguan’ setelah dewasa. Apapun, sudah menjadi tanggungjawab sebagai manusia dan hamba Allah, ikhtiar dan doa kita teruskan dalam membawa Sufiah ke pangkal jalan.