Ahlan Wa Sahlan!

June 16, 2008

Pihak Jawatankuasa Kerja Tertinggi Kelab UMNO Kaherah dengan ini mengucapkan Selamat Datang kepada Ustaz Zainudin selaku Pegawai Atase Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah yang baru bagi menggantikan Ustaz Amri Abdullah selaku Pegawai Atase (JPMK) Kebajikan.

Semoga dengan kedatangan beliau di Bumi Anbiya’ ini, segala pengurusan serta pentadbiran kepada para pelajar Malaysia di Mesir berjalan dengan mudah.

Selamat menjalankan tugas.


Fatwa minyak Al-Azhar

June 16, 2008

KAHERAH – Universiti Al-Azhar Mesir mengeluarkan fatwa bahawa sebahagian pendapatan sumber minyak dan gas negara berkenaan perlu diberikan kepada penduduk miskin yang terjejas akibat kenaikan harga makanan.

Pusat Penyelidikan Islam Universiti al-Azhar mengeluarkan fatwa bahawa adalah tugas suci untuk mengeluarkan zakat sebanyak 20 peratus daripada keuntungan minyak, gas dan mineral.

“Fatwa itu berdasarkan hadis Nabi Muhammad s.a.w yang menyatakan bahawa zakat juga wajib terhadap semua besi dan mineral tidak kira dalam bentuk pepejal atau cecair,” kata seorang pensyarah universiti al-Azhar. -

Admin MULTEC


SYABAS!

June 16, 2008

Pihak Kelab UMNO Kaherah mengucapkan tahniah dan syabas di atas perlantikan Saudara Pengerusi Kelab UMNO Kaherah selaku Pengerusi Badan Perhubungan Negara Mesir dan juga diucapkan tahniah kepada Saudari Pengerusi Kelab UMNO Iskandariah selaku Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Negara Mesir yang berkuatkuasa pada 01 Ogos 2008. Perlantikan ini dibuat daripada Jawatankuasa Tertinggi Kelab UMNO Luar Negara melalui Pengerusi Jawatankuasa Khas Hal Ehwal Pelajar Luar Negara (MKT) pada 12 Jun 2008.

Semoga Allah memberikan mereka kekuatan serta inayahnya dalam memikul amanah ini.