Menghukum semua bunga yang berduri adalah bunga mawar, namun dimanakah hakikat sifat bunga raya, bunga matahari dan bermacam lagi ragam bunga yang tidak memiliki duri? Justeru, itulah yang terjadi pada penyiaran filem ‘Fitna’ yang menjadi pernyataan disetiap penjuru media, tidak hanya di dalam negara bahkan di luar negara khasnya bagi negara-negara Islam.

Bila seseorang sahaja yang membuat permasalahan, maka akibatnya seluruh negara ikut menjadi kecaman dunia Islam. Begitulah yang berlaku terhadap negara Belanda, yang akhirnya mendapat hukuman oleh dunia Islam pada masa kini akibat perbuatan seorang ahli parlimen Geert Wilders .
Kami selaku pelajar di bawah bumbung The Forest Knowledge ‘ Universiti al-Azhar ‘ mengecam sekeras-kerasnya terhadap pembikinan serta penayangan filem ‘Fitna’.
Reaksi daripada pembikinan serta penayangan filem ‘Fitna’ akhirnya mendapat bermacam-macam tantangan yang bersifat pemboikotan terhadap barang-barangan keluaran Belanda, bahkan demonstrasi-demonstrasi wujud di sana-sini adalah untuk menterjemahkan emosi yang terpekung disetiap jiwa Muslim.
Apa yang penting di sini adalah, rasa kesedaran serta kepedulian yang tinggi terhadap isu sensitiviti terhadap kesucian agama Islam yang dicintai. Dan diharapkan kepada seluruh Muslimin, kesucian dalam menjaga deenul Islam bukan sahaja dilihat dari aspek luaran semata-mata namun hendaklah dijaga dari dalaman jiwa seseorang Muslim. Apalah gunanya mempamerkan emosi bagi menentang ke atas mereka yang menodakan agama Islam, namun diri seseorang Muslim belum dijaga sesuai Syariat, Tauhid dan Tasauf.
Admin
Multimedia and Technology (UMNO Cairo Club)
Posted by umnocairo 
Posted by umnocairo 









